Sunday, August 15, 2010

berhenti dari gagal

Sebelum aku,
adakah insan lain yang mencintainya?
dan sekiranya ia,
kenapa gagal?

Sebelum aku,
adakah insan didalam senyuman itu,
yang memberinya sayang?
Kenapa gagal?


Kini tiba aku,
membuat dia gembira,
memberi cinta dan sayang,
dan janji.

Seandainya aku gagal,
akan kah aku menoleh kembali?
adakah aku berubah?
adakah cinta sampai disitu?

Senyum dia melihat murungku,
Dan mengemgam erat tangan ku,
Sayang jagalah aku katanya.
Cinta yang sebelum ini membunuhku.

Dan Cinta ini,
ku jadikan baja kebahagiaan,
aku tidak berubah hati,
tapi kurisau hatimu..

dan bisik ku,
Selagi kau sayang,
kenapa harus ku belot?
Sayang ku mmg pada mu.

Puas sudah ku gagal,
ku harap kita tidak.
aku tidak,
kau pun tidak..

Biar cinta bersemi,
sampai kita pergi,
biar cinta mencintai,
walaupun orang benci.

kerna hati ini,
sudah pun kujanjikan untukmu,
sang puteriku..
Ntuk abadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Punya!!!