Friday, October 8, 2010

Mengalah

Ada masanya kita sibuk dengan masalah dunia..
Dan kita sedar bahawa ianya penting..
Namun kita terlupa,
sesibuk mana pun kita,
kita Ada masa yang cukup untuk melihat dunia..
Bukan sekadar kerja.
Bukan asyik2 kerja.
Bukan semuanya kerja..

Namun kita terleka dengan semua kerja.
Dan terlupa satu perkara.
KEHIDUPAN.
Mungkin agak asing perkataan itu sekarang..
Mungkin maknanya semakin kurang..
tetapi cuba bertanyakan pada diri.
Cukupkah kerja ini?
Masih perlukah kerja ini?
Hati ini gembira dengan kerja ini?

Senyuman yang duhulunya terukir manis,
kini mengesot menjadi duka..
Kerna kehidupan kita dahulu,
kini merundum dibebani kerja.
Ya..
Ada insan yang mungkin tidak senang dgn ini,
ada yang mahukan kehidupan,
bukan pengabdian..
Mahukan sedikit senyuman,
bukan tekanan..

bila semuanya berakhir,
dan kita menarik nafas lega..
Dan mungkin itu lega sementara.
Tetapi,
adakah dengan selesainya satu perkara,
menyenangkan hati,
atau sudah terlambat.
Anda,saya,mereka gembira..
tetapi
Anda,Saya,Mereka..
juga sudah mungkin berhenti,
dari menunggu.

menunggu dahulu masanya kita semua panggil,
BERSAMA

Terlambat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Punya!!!